Friday, 20 January 2012
Hanya Sebatang Lipstik, Nyawa Melayang !!!
Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.
Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.
Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".
Untuk KAUM IBU : pelihara dan hargai keturunanmu hingga nafas terakhirmu.
Thursday, 19 January 2012
Perlu ke Azwan Ali Mohon Maaf Kes Ugut Bunuh Adik Kandung???
Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis : BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ...
Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya. Mengikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.
Namun tengahari Rabu, kedua-dua Umi dan Azwan tampil dalam satu sidang akhbar bersama di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.
Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
Ikuti video ini utk lebih lanjut :
Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan… Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak
Selama ini Ummi Halfida dan Azwan Ali sudah pun tidak bertegur sapa selama 7 tahun. Hikmahnya terjadi perkara ini ialah mereka berdua telah berbaik semula. Semoga hubungan yang terjalin ini akan terus kekal mesra untuk selamanya.Kalau nak bergaduh, ingatlah ibu anda berdua.
Azwan juga mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik – Barisan Nasional.
Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam kerajaan Selangor”
Utk AZWAN ALI : bagus la kalau dah sedar ikatan kekeluargaan itu lebih penting dari Anwar yang gile kuasa. Azmin Ali ntah bile la nak berubah... xpaham2 bhase lagi ke ???
Sunday, 11 December 2011
Maya Karin Terpaksa Hadap Kontroversi isu perkataan "Alhamdulillah"
Maya Karin dah buat penjelasan di dalam Berita Harian. Kononnya sebelum ini Maya Karin semasa ditemuramah dikatakan telah menggunakan perkataan “Alhamdulillah” untuk melahirkan rasa kesyukurannya berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz.
Berikut ialah kata-kata yang kononnya digunakan oleh Maya Karin semasa interview tersebut.
Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
Memang nampak sangatlah tak sesuai penggunaan perkataan Alhamdulillah di atas sana kan? Namun sebenarnya Maya Karin tak guna pun perkataan tersebut. Itu semuanya ditulis salah oleh wartawan-wartawan yang menemuramahnya. Kata Maya Karin:-
Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah). Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap. Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung.
Macam-macam sungguh kontroversi yang membabitkan filem Ombak Rindu nih...
UNTUK MAYA : aku memang suke kau lah !!!
UNTUK WARTAWAN : sebab korang MAYA kena HADAP mende ni sume. Lain kali tulis betul2.. Jgn ikut sedap ayat korang je. adios amigos !!!
Thursday, 8 December 2011
Tutti Frutti Ainul Aishah Laris!
Suatu ketika dulu, kelibatnya acapkali menghiasi kaca TV mahupun filem, namun sejak kebelakangan ini, kelibat pemilik nama Ainul Aishah seakan ‘menghilang’.
Memetik kenyataan pelakon berusia 26 tahun ini lewat sebuah laman Murai, Ainul pada masa ini sedang sibuk fokus dengan bisnes francais Tutti Frutti yang telah beroperasi sejak Jun lalu di Bangi serta sebuah lagi cawangan di Nilai pada 17 Oktober lalu.
“Saya sekarang berniaga francais Tutti Fruitti di Nilai dan Bangi, inilah yang saya buat sekarang ini. Menguruskan perniagaan keluarga. Nampaknya usaha saya untuk bisnes ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang menetap di kedua-dua lokasi tersebut,”
“Alhamdulillah, perniagaan saya telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan. Insyaallah dalam tahun depan, saya merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan Tutti Frutti di beberapa lokasi selain terbabit dengan perniagaan makanan dan minuman,” ujar Ainul.
Meskipun semakin ligat berbisnes, Ainul walaubagaimanapun, menafikan dirinya seakan ingin berundur dari dunia lakonan malah menyatakan dirinya masih sayangkan dunia lakonan dan mahu terus aktif dengan dunia lakonan.
Buktinya, dia turut membintangi filem ‘Untuk Tiga Hari’ terbitan Tarantella Pictures arahan Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tahun depan selain turut menerima beberapa tawaran berlakon telemovie.
untuk AINUL : kau memang best laa sebabnye berjaya abes kan duit pokek aku tiap2 minggu.. aku dgr-dgr dari kawan2 aku yg kat dok area Seremban, pun dah bukak satu lagi kat Dataran Senawang.kalo salah tolong betulkan.. WELL DONE !!!
Tuesday, 6 December 2011
Huh nak tunjuk puting jadi GRO lah beb!!!
Pendedahan yang dibuat oleh MIM dalam blognya buat gua tak bole duduk senang beb. Apa tidaknya, DJ radio yang bertugas dalam konti pakai macam haram der....
APA tujuan DJ tu pakai macam tu der? Kalau gua kerja kat situ der, memang gua fail.... Mohon siasat ler ni kerja siapa, takkan nak biarkan sexualiti merdeka berleluasa...
Tq dr novadri
APA tujuan DJ tu pakai macam tu der? Kalau gua kerja kat situ der, memang gua fail.... Mohon siasat ler ni kerja siapa, takkan nak biarkan sexualiti merdeka berleluasa...
Tq dr novadri
Thursday, 1 December 2011
Kenapa LISA, bukannya YUNA???
Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.
Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.
Utk LISA : Aku memang tak penah tahu pulak yang kau nih salah seorang anggota Puteri Umno.
xsangka betul aku tapi papepun aku ucapkan tahniah... TAPI ??? aku pelik la..
patut ke kau yg dpt anugerah tu atau YUNA yang lebih layak???
Utk LISA : Aku memang tak penah tahu pulak yang kau nih salah seorang anggota Puteri Umno.
xsangka betul aku tapi papepun aku ucapkan tahniah... TAPI ??? aku pelik la..
patut ke kau yg dpt anugerah tu atau YUNA yang lebih layak???
Sunday, 27 November 2011
Johan KURANG AJAR dengan artis senior !
Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.
“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaan pula tu.
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.
“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.
“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu?
Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.
Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.
Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.
“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.
“Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.
“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.
Subscribe to:
Posts (Atom)







