Blogger Backgrounds

Sunday 11 December 2011

Maya Karin Terpaksa Hadap Kontroversi isu perkataan "Alhamdulillah"

Maya Karin dah buat penjelasan di dalam Berita Harian. Kononnya sebelum ini Maya Karin semasa ditemuramah dikatakan telah menggunakan perkataan “Alhamdulillah” untuk melahirkan rasa kesyukurannya berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz.
Berikut ialah kata-kata yang kononnya digunakan oleh Maya Karin semasa interview tersebut.
Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
Memang nampak sangatlah tak sesuai penggunaan perkataan Alhamdulillah di atas sana kan? Namun sebenarnya Maya Karin tak guna pun perkataan tersebut. Itu semuanya ditulis salah oleh wartawan-wartawan yang menemuramahnya. Kata Maya Karin:-
Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah). Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap. Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung.
Macam-macam sungguh kontroversi yang membabitkan filem Ombak Rindu nih...
UNTUK MAYA : aku memang suke kau lah !!! 
UNTUK WARTAWAN : sebab korang MAYA kena HADAP mende ni sume. Lain kali tulis betul2.. Jgn ikut sedap ayat korang je. adios amigos !!!

Thursday 8 December 2011

Tutti Frutti Ainul Aishah Laris!

Suatu ketika dulu, kelibatnya acapkali menghiasi kaca TV mahupun filem, namun sejak kebelakangan ini, kelibat pemilik nama Ainul Aishah seakan ‘menghilang’.
Memetik kenyataan pelakon berusia 26 tahun ini lewat sebuah laman Murai, Ainul pada masa ini sedang sibuk fokus dengan bisnes francais Tutti Frutti yang telah beroperasi sejak Jun lalu di Bangi serta sebuah lagi cawangan di Nilai pada 17 Oktober lalu.
“Saya sekarang berniaga francais Tutti Fruitti di Nilai dan Bangi, inilah yang saya buat sekarang ini. Menguruskan perniagaan keluarga. Nampaknya usaha saya untuk bisnes ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang menetap di kedua-dua lokasi tersebut,”
“Alhamdulillah, perniagaan saya telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan. Insyaallah dalam tahun depan, saya merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan Tutti Frutti di beberapa lokasi selain terbabit dengan perniagaan makanan dan minuman,” ujar Ainul.
Meskipun semakin ligat berbisnes, Ainul walaubagaimanapun, menafikan dirinya seakan ingin berundur dari dunia lakonan malah menyatakan dirinya masih sayangkan dunia lakonan dan mahu terus aktif dengan dunia lakonan.
Buktinya, dia turut membintangi filem ‘Untuk Tiga Hari’ terbitan Tarantella Pictures arahan Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tahun depan selain turut menerima beberapa tawaran berlakon telemovie.
untuk AINUL : kau memang best laa sebabnye berjaya abes kan duit pokek aku tiap2 minggu.. aku dgr-dgr dari kawan2 aku yg kat dok area Seremban, pun dah bukak satu lagi kat Dataran Senawang.kalo salah tolong betulkan.. WELL DONE !!!

Tuesday 6 December 2011

Huh nak tunjuk puting jadi GRO lah beb!!!

Pendedahan yang dibuat oleh MIM dalam blognya buat gua tak bole duduk senang beb. Apa tidaknya, DJ radio yang bertugas dalam konti pakai macam haram der....

APA tujuan DJ tu pakai macam tu der? Kalau gua kerja kat situ der, memang gua fail.... Mohon siasat ler ni kerja siapa, takkan nak biarkan sexualiti merdeka berleluasa...

Tq dr novadri



Thursday 1 December 2011

Kenapa LISA, bukannya YUNA???



Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi. 




Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.


Utk LISA : Aku memang tak penah tahu pulak yang kau nih salah seorang anggota Puteri Umno.
xsangka betul aku tapi papepun aku ucapkan tahniah... TAPI ??? aku pelik la.. 
patut ke kau yg dpt anugerah tu atau YUNA  yang lebih layak???