Blogger Backgrounds

Wednesday 21 November 2012

Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus



Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.

Sunday 4 November 2012

Perhimpunan PR cecah 50ribu malam tadi.. Dah terbukti !!!

Salam, wahhh semua blog update pasal Pakatan Rakyat berhimpun di Seremban Jaya malam tadi. Di sini Puteri nak selitkan beberapa keping gambar yang diwar-warkan seramai 50,000 yang hadir.


KIH KIH KIH...

nak tergelak PUTERI tengok.. 5, 000 pun tak sampai poit.. perhimpunan haram jadah ni..
Moh kito bezakan dengan yang ini pulak..


Huk aloh, bezo sungguh ni deh..ni baru la 50,000 orang.. mu sumo pikir la bebaik deh..fokus tengah2 nun ado sapo???

Monday 29 October 2012

Nabila Huda Berang Dengan ROTIKAYA

Salam 1 Malaysia.. petang-petang ni panas jugak ye, lebih panas apabila aktor Nabila Huda berang dengan statement yang dikeluarkan oleh laman web media hiburan sensasi ROTIKAYA hari ini. Kenyataan Nabila di twitter menegaskan bahawa privasi seseorang perlu dihormati apa-apa pun mintak izin dlu kalo nak kuarkan gambar2 beliau. Kisah yang dikeluarkan oleh ROTIKAYA ini mungkin yang menyebabkan Nabila berang..Nabila Huda Di Parti Halloween.. apa-apa pun, PUTERI harap konfliks ini dapat diselesaikan dengan cara baik.


Selang beberapa minit, Nabila Huda mengeluarkan kenyataan di twitter bahawa dia merupakan seorang yang memahami tugas-tugas media sosial TETAPI.....



Yang ini PUTERI kurang setuju la.. Sebab, Nabila kena ingat bahawa laman web media sosial la yang banyak menaikkan nama beliau. Kalo rase xnak dicuri, xperlu la publish to public ye tak!


Tuesday 16 October 2012

Dek Bencikan LHDN, sanggup nak bom bangunan

Inilah manusia yang akalnya letak di lutut lalu di hentak-hentak ke dinding supaya lebih berakal. Ape la ke bengap sangat nk letupkan bangunan.. kalau benci sangat dengan LHDN jangan dok Malaysia, pegi dok  Somalia. Nak tengok kau boleh idup ke tak kat sane.

Demikian ancaman si pengecut yang hanya pandai telipon tapi sorok identiti (SUMBER SINAR):

"Saya benci Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya nak letupkan bangunan ini jam 10.30pagi" - SI PENGECUT

Semua pekerja di Wisma KWSG diarah keluar dari bangunan selepas operator LHDN menerima panggilan daripada seorang lelaki yang ingin meletupkan bangunan itu.
Dia call operator LHDN kat Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG), Jalan Kampung Attap semalam. Habis kecoh la building tu semalam terpaksa dikosongkan. Jadi kelam kabut semuanya hanya kerana panggilan pengecut tu kononnya ada 5 bijik bom tersorok.

Dan-dan Polis dari Unit Pemusnah Bom bergegas ke tempat kejadian, agaknye dorang tak sempat pekena teh tarik mase sarapan pagi dek demi menyelamatkan nyawa manusia..xpe abang-abang polis sume, jasa mereka ini memang kita tak dapat nak balas.

Tapi kot betul la kan dia nk letupkan maka akan runtuhlah bangunan yang ada 21 tingkat tu dan kira-kira  300 orang kemungkinan akan hilang nyawa, mungkin jugak kita akan nmpk scebisan-cebisan daging di kawsan letupan ataupun parah..

Sama-sama kita berdoa kepada Tuhan agar dijauhkan bencana begini di Malaysia yang aman dan makmur ini.

Friday 12 October 2012

Nape laa kat Malaysia takde Restoran Camni...

1. Alcatraz – Prison Restaurant in Tokyo




2. Chillout – Ice Restaurant in Dubai





3. Hospital Restaurant in Latvia



4. Dinner in the Sky





5. Ninja Restaurant in New York





Thursday 20 September 2012

Wafi, Bekas Suami Anne Ngasri Silih Bertukar Kekasih??

Patah tumbuh hilang berganti.. demikian perumpamaan yang boleh digambar..Anne Ngasri yang sedang hangat bercinta sehingga anak-anak Anne panggil Aliff 'DADDY'..sweet je hubungan mereka ni..


Dikala itu jugak, bekas suaminye juga dikatakan sedang dilamun cinta dengan seorang pramugari Air Asia, Shasha ketika bulan April yang lalu.


Namun, hubungan mereka tidak berpanjangan..mungkin tiada jodoh.. tetapi Wafi dengan mudah sudah bertemu dengan penggantinya.. Seorang wanita yang tampak lebih bercirikan keibuan.. Semoga mereka kekal bahagia...


Wednesday 19 September 2012

Masalah sampah di Klang meruncing..PR goyang kaki ke?


Penolong Penyelaras Parti Gerakan DUN Kota Alam Shah, Datuk Zainal Abidin Mohd Tahar berkata, "Sejak perkhidmatan Alam Flora tidak lagi digunakan di Selangor dan Klang, masalah sampah dan sistem saliran dilihat semakin sukar dikawal."

Ujar beliau,"Berbeza ketika Alam Flora berfungsi, di mana saya dapat lihat masalah sampah lebih terurus malah pembahagian tugas antara Alam Flora dan PBT lebih sistematik."

Namun, disebabkan kerakusan kerajaan negeri mahu mengambil alih semua tugas daripada Alam Flora menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala masalah yang wujud.

Beliau berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih berpengalaman dalam mengurus tadbir usaha dalam mengatasi masalah banjir dan rakyat diingatkan agar membuat pilihan yang tepat pada PRU-13 kelak.

Sumber : SH