Blogger Backgrounds

Wednesday 19 September 2012

Masalah sampah di Klang meruncing..PR goyang kaki ke?


Penolong Penyelaras Parti Gerakan DUN Kota Alam Shah, Datuk Zainal Abidin Mohd Tahar berkata, "Sejak perkhidmatan Alam Flora tidak lagi digunakan di Selangor dan Klang, masalah sampah dan sistem saliran dilihat semakin sukar dikawal."

Ujar beliau,"Berbeza ketika Alam Flora berfungsi, di mana saya dapat lihat masalah sampah lebih terurus malah pembahagian tugas antara Alam Flora dan PBT lebih sistematik."

Namun, disebabkan kerakusan kerajaan negeri mahu mengambil alih semua tugas daripada Alam Flora menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala masalah yang wujud.

Beliau berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih berpengalaman dalam mengurus tadbir usaha dalam mengatasi masalah banjir dan rakyat diingatkan agar membuat pilihan yang tepat pada PRU-13 kelak.

Sumber : SH

No comments:

Post a Comment