Blogger Backgrounds

Wednesday 23 November 2011

Sepak Takraw Masih Gagal ???




Antara sukan yang memberikan keputusan mengecewakan di Sukan SEA adalah sukan takraw. Impian untuk menumbangkan seteru utama, Thailand bukan sahaja gagal malahan pasukan kebangsaan kini kalah di tangan pasukan yang dulunya bukan cabaran Malaysia iaitu Indonesia.


 Sebenarnya ini bukan perkara baru, sebelum ini pun pasukan skuad takraw kebangsaan sering mengalami masalah ketika melawan pasukan Vietnam ataupun Myanmar. 


Dan rasanya pernah juga tewas kepada pasukan Singapura dalam SUkan SEA sebelum ini. Mula-mulanya canangan dari skuad takraw untuk merampas pingat emas nampak berkobar-kobar tapi impian musnah. 


Sudahlah kesemua regu pasukan negara tumbang di tangan pasukan Indonesia ketika di acara berpasukan, untuk regu pun tak mampu melangkah jauh.


Sememangnya ini menjadi isu besar dalam sukan negara kerana sukan takraw merupakan sukan rakyat bagi negara ini. Dahulunya kita gah dengan kekuatan pemain yang mampu melakukan servis kencang, mengangkat bola tajam dan melibas bola yang tak mampu diangkat. 


Namun kini pasukan yang dulunya amat ditakuti kini telah mula menjadi kerdil. Tidak mustahil satu hari nanti pasukan Eropah mampu mengalahkan pasukan kita kalau tiada sesuatu dilakukan. Kenapa agaknya pasukan sepaktakraw masih gagal di peringkat antarabangsa???


KATA-KATA BERNAS DARI AKU :


Sepak takraw ni kena gak buat promotion macam kat belog2, fesbook, twitter
Jangan ingat sukan ni untuk ORANG KAMPUNG je...
org kampung lek je pakai kain plekat men sepak takraw wey...
korang xkan  tak mampu nak beat kot !!!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA







No comments:

Post a Comment