Blogger Backgrounds

Tuesday 16 October 2012

Dek Bencikan LHDN, sanggup nak bom bangunan

Inilah manusia yang akalnya letak di lutut lalu di hentak-hentak ke dinding supaya lebih berakal. Ape la ke bengap sangat nk letupkan bangunan.. kalau benci sangat dengan LHDN jangan dok Malaysia, pegi dok  Somalia. Nak tengok kau boleh idup ke tak kat sane.

Demikian ancaman si pengecut yang hanya pandai telipon tapi sorok identiti (SUMBER SINAR):

"Saya benci Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya nak letupkan bangunan ini jam 10.30pagi" - SI PENGECUT

Semua pekerja di Wisma KWSG diarah keluar dari bangunan selepas operator LHDN menerima panggilan daripada seorang lelaki yang ingin meletupkan bangunan itu.
Dia call operator LHDN kat Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG), Jalan Kampung Attap semalam. Habis kecoh la building tu semalam terpaksa dikosongkan. Jadi kelam kabut semuanya hanya kerana panggilan pengecut tu kononnya ada 5 bijik bom tersorok.

Dan-dan Polis dari Unit Pemusnah Bom bergegas ke tempat kejadian, agaknye dorang tak sempat pekena teh tarik mase sarapan pagi dek demi menyelamatkan nyawa manusia..xpe abang-abang polis sume, jasa mereka ini memang kita tak dapat nak balas.

Tapi kot betul la kan dia nk letupkan maka akan runtuhlah bangunan yang ada 21 tingkat tu dan kira-kira  300 orang kemungkinan akan hilang nyawa, mungkin jugak kita akan nmpk scebisan-cebisan daging di kawsan letupan ataupun parah..

Sama-sama kita berdoa kepada Tuhan agar dijauhkan bencana begini di Malaysia yang aman dan makmur ini.

No comments:

Post a Comment